happy new year !

countdown 10, 9, 8 ,7, 6, 5, 4, 3, 2, 1 happy new yearrrrrr !!!! yeahhhh selamat tahun baru 2012 kepada semua.. rasa sekejap je da nak masuk tahun baru.. azam tahun lepas masih tak tercapai lagi, da nak kena pasang azam baru pulakk.. jenuhh laa nak capai semua azam tu.. haha ok, bila masuk tahun baru, semua pon mesti baru lahh, azam baru, cita-cita baru, boyfriend baru, opsss hehe pada yg single mcm aku neyh bole laa cari bf baru tapi bagi yg da berpunya tu jaga lahh hubungan tu baik2 ok.. sempena tahun baru ni, aku harap hidup aku lebih terurus, tak nak da lahh buat kerja last2 minute kelam kabut jadinya nanti mcm yg aku selalu alami masa 2011.. aku nak lupakan segala kisah2 sedih aku masa tahun 2011.. biarlahh semua kisah2 yang tak best tu terus menadi kenangan dalam lipatan tahun 2011.. aku nk cuba warnai tahun baru ney warna2 yang cantik.. insyaAllah :)  pape pon semoga hidup kita sentiasa diberkati oleh Allah s.w.t .. jadikan tahun baru sebagai semangat baru untuk kita terus berjaya dan berjaya :)) happy new year !

ragam damia

ish ish ish cumell betul budak kecik ni makan durian, tamak pulakk tu smpai penuh dua2 belah tgn pegang durian.. haha nama dy Wan Nur Zahra Damia .. sangat nakal tapi sangat cumell .. :)) org makan durian dy pon nak makan jugakk, tak padan dengan kecik makan durian mcm org besar.. sekali makan bole habis 3 ulas.. hebat tak ?? haha dasyattt betull adik aku sorang neyh.





melepas rindu !

yeayyyy !! finally, dpt jugakk aku jumpa kawan gila-gila aku. walaupun tak sempat nak jumpa semua tapi cukup lahh nak lepaskan rindu .. thnx to fieza othman and syada che wai sebab da bagi aku gelakk mcm 'org gila' semalam :D lama da tak gelak guling2 mcm tu *guling2 tu tipuu* haha








senyum sorang2 bila tengok balik gambar2 kita, :)) thank you so much for being my true friends ! hope our friendship will be last forever :))

my new image :)


jalan-jalan ke kelas :)



                                     di dalam kelas :)


Alhamdulillah..aku bersyukur kerana Allah s.w.t telah membuka pintu hati aku untuk memakai tudung dan menutup aurat dengan lebih sempurna :) doakan aku untuk terus mengekalkan imej sebegini okay.. sebab banyak pengaruh 'jahat' yg menghasut aku untuk bukak tudung balik.. astagfirullahalazim.. jahat kan mereka tu, bukan nak support aku , mengutuk aku lagi ada lahh .. tapi takpe, aku doakan supaya mereka juga diberi hidayah suatu hari nanti :))

cuti + assignment

yeayyy !! setelahh lebih 5 minggu aku balik kampus akhirnya dapat jugakk balik ke rumahh .. terima kasih laa kepada UiTM sebab bagi kami cuti satu minggu, bole laa balik lepaskan rindu at family .. seronokk sangat bila dapat balik rumahh sebab org cakap ''rumahku syurgaku'' :)) tapi yg tak bestnye bila bercuti kena angkut semua assignment jugakk.. arghhhh stress pulak bila teringat pasal assignment yg bertimbun-timbun tu.. semua nak kena submit lepas cuti neyh .. haihhhh bilaa laa nak siap .. kan best kalau ada org yg volunteer nak tlg buatkan .. senang sikit kerja aku .. tapi harapannn je lahh .. lao aku tak usaha sendiri mmg tak siap laa jawabnya.. pape pon tak kisahh laa sebab itu mmg tanggungjawab aku sebagai seorang pelajar kan.. kalau nak berjaya kena lahh usaha lebih sikit .. chaiyok ! chaiyok ! :D

kembali ke alam kampus !

pejam celik pejam celik suda hampir sebulan aku at kampus neyh .. rasa mcm baru je semalam daftar sebagai pelajar semester tiga, tapi rupa-rupanya da sebulan da .. cepat betul masa berlalu kann .. sepanjang sebulan at sini mcm biasa lahh kadang2 rasa seronok tapi kadang2 rasa sunyi sebab rindu at family :( tapi bila sedar aku ada tanggungjawab sebagai seorang pelajar, aku buat2 tak rindu je lahh .. asignment tak payah cite mmg da dapat bertimbun-timbun da.. tak tw bila nk start buat tu .. semua tu nk submit tahun depan .. aishhh bunyi mcm lmbat je lagi kan, so kita rilex2 laa dulu .. :D

im back !

tadaaaa !! sudah agak lame yea aku tak update blog neyh .. ylaa semenjak habis sem 2 ritu mane ad update pape dah .. dulu rajin update pasal make up , sekarang bila kelas make up da tamat maka dengan rasminya tamat lahh pembelajaran aku dalam seni solekan , dan secara tak langsung tiada lagi lahh post2 pasal solekan dah .. pas ney pndai2 lahh belajar sendiri .. :D yang penting result aku untuk kelas make up last sem tidak lahh seteruk yg disangka.. i got B+ .. oke laa tu kan .. janji tak kena repeat :P

prinsip asas solekan dan kepentinganya

Base merupakan perkara asas dalam sesebuah solekan. Base juga menentukan betapa hebatnya kondisi kulit wajah anda sebelum serta selapas bersolek. Penggunaan base adalah amat penting kerana ia membantu anda semua mendapatkan hasil solekan yang berkualiti. Penggunaan base dalam sesuatu solekan adalah amat disarankkan oleh pakar solekan bertujuan sebagai pelindung terhadap kulit wajah sesorang dan juga sebagai pemberi kesan yang berkesan terhadap hasil solekan. Base turut berperanan sebagai pelembab kepada kulit anda juga.
kelebihan menggunakan base sebelum besolek;
~Melindungi kulit wajah kita daripada bahan kimia yang terkandung di dalam solekan.
~Menjadikan solekan yang dihasilkan lebih menyerlah serta tahan lebih lama.
~Supaya aplikasi solekan yang dilakukan menjadi lebih mudah dan mantap.
~Memelihara kelembutan kulit walaupun terpaksa menggunakan solekan dalam tempoh yang lama.
~Mengelak daripada pancaran UV yang berbahaya.

selain itu, sebelum memulakan solekan beberapa perkara asas perlu diketahui iaitu jenis kulit anda, ke mana arah tuju solekan anda, tema yang dibawa dan warna bagaimana yang paling sesuai.

definisi solekan karekter


solekan karekter merupakan solekan yang memenuhi keperluan dan objektif iaitu kehendak watak yang diingini. Wajah seharusnya mengikut kehendak naskah serta apa jua pementasan mengikut keseluruhan cerita.  Ia juga bersesuaian dengan ruang sama ada dalam ruang yang kecil atau besar. Dalam solekan watak ia menggabungkan faktor umur iaitu bagaimana umur mempengaruhi jiwa muda. Ini bermaksud, seseorang yang berumur dalam lingkungan 20an boleh merubah kepada 50an kesan daripada jenis solekan ini. Malah ia juga boleh membuatkan makeup ini bertukar jantina iaitu daripada lelaki kepada perempuan dan perempuan kepada lelaki. selain itu, solekan karekter juga merangkumi solekan animasi , kayangan , kemalangan , ghost story dan futuristik.


 


last class


hari ni adalah kelas terakhir kami bersama en Fifi..waktu ni kami diminta melakukan dua teknik solekan iaitu solekan orang tua yang lupa diri untuk berhari raya dan solekan pertukaran jantina..haha macam-macam hal berlaku masa ni .. waktu ni lahh dapat tengok macam mana lelaki jadi perempuan dan macam mana pulak kalau perempuan jadi lelaki .. haha kat bawah ni ada beberapa gambar yang sempat aku rakamkan.. :D















haha amacam ??? ok tak ?? JAMBU kan saya ? :D

jangan malas !

haa..bunyi tajuk ney macam serious je kan.. tapi memang pun.. kalau tengok orang main mekap2 macam senang je kan..tapi sebenarnya susah jugak.. ada banyak teknik solekan ney rupanya..so kalau nak banyak ilmu kena laa rajin selak2 buku cari maklumat.. tak pon search je at internet gambar2 solekan yang boleh dijanjikan rujukan.. kat pasaran sekarang da berlambak da buku pasal mekap..tinggal rajin dengan tak je nak g cari.. tapi kalau nak jimat kos tengok je at surat khabar ke majalah ke.. aku pun ade jugak tengok2 gambar then try tiru solekan pada gambar tu.. kadang2 menjadi kadang2 tak..biasa laa tu baru2 nak belajar kan..




haa..gambar ney lain sikit..aku gunakan gambar ney masa nak buat solekan orang tua.. aku gunakan gambar ney sebagai rujukan untuk menghasilkan kedut2 pada wajah..

warna warni solekan

sebagai seorang remaja perempuan macam aku ni, kadang-kadang nak jugak bersolek supaya nampak cantik dan kemas.. so teknik solekan yang betul penting untuk menghasilkan solekan yang menarik.. kalau dulu aku memang kayu sikit bab-bab nak pegang berus, eyeshadow, eyeliner dan banyak lagi laa..tapi sekarang Alhamdulillah da pandai da nk conteng-conteng at muka..tapi kat muka sendiri je laa sebab kalau buruk pun muka sendiri.. haha tapi aku akan terus belajar dan terus belajar untuk menghasilkan solekan yang lebih kemas dan menarik..orang kata kalau nak pandai kena banyak belajar.. so chaiyok ! chaiyok !

monolog !!

hari ni aku ade exam monolog.. so kalau nak markah tinggi kena laa kenakan solekan yang menarik.. baru laa dapat markah lebih..daripada beberapa teknik solekan yang aku dah pelajari aku aplikasikan dalam exam aku.. and at bawah ni laa hasilnya.. 


ayu tak ?? haha ade macam penari tradisional tak? :P


Hang Tuah, Mahsuri , and lagi sorang tu Hang ap ea?


lukis melukis

sebelum memulakan solekan..adalah lebih baik kalau kita lukis dulu wajah kita pada tracing paper.. kaedah ini akan memudahkan kita untuk melakukan solekan pada wajah.. at bawah ni ade bebrapa contoh yang telah aku hasilkan..


    mula-mula tangkap gambar dulu..lepas tu print..pastikan gambar tu jelas nampak keseluruhan wajah.


lepas tu..lukis balik gambar tadi tu ke atas tracing paper.. 
lepas da lukis, warnakan gambar tu mengikut teknik solekan yang ingin dihasilkan



macam-macam ragam

Situasi di dalam kelas make up ! HAHA macam-macam ragam boleh jumpa taw. maklumlah kebanyakan dari kami ney semuanya tak pandai sangat nak bersolek, jadi semasa dalam kelas macam-macam hal laa yang berlaku..








malam gala dan karnival simply siti

Pada 9 julai 2011 yang lalu, aku telah berpeluang untuk menyertai Malam Gala dan Konsert SimplySiti di Dewan Agong Tuanku Canselor UiTM Shah Alam. Aku telah diberi tugasan untuk menyolek usher. Gambar-gambar di bawah ney adalah antara hasil kerja aku :))







teknik solekan orang tua

  1. sapukan bedak asas mengikut tona kulit pada wajah anda.
  2. lukiskan separuh bulatan pada dahi anda. untuk menyerlahkan lagi lukisan tersebut, sapukan bedak asas sebagai highlight pada anak rambut anda. bentuk ini akan menampakkan perbezaan wajah asal anda.
  3. bentukkan separuh bulatan pada atas kening anda. untuk menampakkan bentuk garisan kedut pada dahi tersebut, kerutkan dahi anda ketika meyapu bedak asas dan kemudia relax. 
  4. gunakan span untuk meratakan sapuan bedak asas di dahi dan di kening.
  5. kerutkan kening anda, dan sapukan bedak asas dengan menggunakan span atau berus. 
  6. untuk melakukan highlight pada hidung, lukiskan garisan ke bawah di atas hidung.
  7. setelah itu, lukiskan lekuk pada bawah mata untuk menghasilkan mata yang cengkung.
  8. sambungkan lukisan bawah mata tersebut sehingga ke rahang pipi.
  9. dengan menggunakan span, sebatikan kesemua lukisan yang telah dihasilkan pada bawah mata.
  10. lukiskan garisan melengkuk ke bawah dari hidung ke tepi bibir untuk menghasilkan bentuk muka yang jatuh.
  11. lukiskan bentuk separuh bulatan di dagu anda. bermula dari bawah dagu sehingga ke bawah bibir.
  12. setelah siap melakukan highlight, gunakan berus yang kecil untuk melakukan garisan pada setiap highlight yang telah dilakukan dengan menggunakan bedak asas yang berwarna gelap.
  13. setelah itu, sebatikan kesemua lukisan dan garisan yang telah di hasilkan.
  14. untuk menyerlahkan lagi wajah tua anda, lukiskan garisan-garisan kedut pada sekitar mata, dahi, pipi dan mulut.