prinsip asas solekan dan kepentinganya

Base merupakan perkara asas dalam sesebuah solekan. Base juga menentukan betapa hebatnya kondisi kulit wajah anda sebelum serta selapas bersolek. Penggunaan base adalah amat penting kerana ia membantu anda semua mendapatkan hasil solekan yang berkualiti. Penggunaan base dalam sesuatu solekan adalah amat disarankkan oleh pakar solekan bertujuan sebagai pelindung terhadap kulit wajah sesorang dan juga sebagai pemberi kesan yang berkesan terhadap hasil solekan. Base turut berperanan sebagai pelembab kepada kulit anda juga.
kelebihan menggunakan base sebelum besolek;
~Melindungi kulit wajah kita daripada bahan kimia yang terkandung di dalam solekan.
~Menjadikan solekan yang dihasilkan lebih menyerlah serta tahan lebih lama.
~Supaya aplikasi solekan yang dilakukan menjadi lebih mudah dan mantap.
~Memelihara kelembutan kulit walaupun terpaksa menggunakan solekan dalam tempoh yang lama.
~Mengelak daripada pancaran UV yang berbahaya.

selain itu, sebelum memulakan solekan beberapa perkara asas perlu diketahui iaitu jenis kulit anda, ke mana arah tuju solekan anda, tema yang dibawa dan warna bagaimana yang paling sesuai.

definisi solekan karekter


solekan karekter merupakan solekan yang memenuhi keperluan dan objektif iaitu kehendak watak yang diingini. Wajah seharusnya mengikut kehendak naskah serta apa jua pementasan mengikut keseluruhan cerita.  Ia juga bersesuaian dengan ruang sama ada dalam ruang yang kecil atau besar. Dalam solekan watak ia menggabungkan faktor umur iaitu bagaimana umur mempengaruhi jiwa muda. Ini bermaksud, seseorang yang berumur dalam lingkungan 20an boleh merubah kepada 50an kesan daripada jenis solekan ini. Malah ia juga boleh membuatkan makeup ini bertukar jantina iaitu daripada lelaki kepada perempuan dan perempuan kepada lelaki. selain itu, solekan karekter juga merangkumi solekan animasi , kayangan , kemalangan , ghost story dan futuristik.


 


last class


hari ni adalah kelas terakhir kami bersama en Fifi..waktu ni kami diminta melakukan dua teknik solekan iaitu solekan orang tua yang lupa diri untuk berhari raya dan solekan pertukaran jantina..haha macam-macam hal berlaku masa ni .. waktu ni lahh dapat tengok macam mana lelaki jadi perempuan dan macam mana pulak kalau perempuan jadi lelaki .. haha kat bawah ni ada beberapa gambar yang sempat aku rakamkan.. :D















haha amacam ??? ok tak ?? JAMBU kan saya ? :D