jangan malas !

haa..bunyi tajuk ney macam serious je kan.. tapi memang pun.. kalau tengok orang main mekap2 macam senang je kan..tapi sebenarnya susah jugak.. ada banyak teknik solekan ney rupanya..so kalau nak banyak ilmu kena laa rajin selak2 buku cari maklumat.. tak pon search je at internet gambar2 solekan yang boleh dijanjikan rujukan.. kat pasaran sekarang da berlambak da buku pasal mekap..tinggal rajin dengan tak je nak g cari.. tapi kalau nak jimat kos tengok je at surat khabar ke majalah ke.. aku pun ade jugak tengok2 gambar then try tiru solekan pada gambar tu.. kadang2 menjadi kadang2 tak..biasa laa tu baru2 nak belajar kan..




haa..gambar ney lain sikit..aku gunakan gambar ney masa nak buat solekan orang tua.. aku gunakan gambar ney sebagai rujukan untuk menghasilkan kedut2 pada wajah..

warna warni solekan

sebagai seorang remaja perempuan macam aku ni, kadang-kadang nak jugak bersolek supaya nampak cantik dan kemas.. so teknik solekan yang betul penting untuk menghasilkan solekan yang menarik.. kalau dulu aku memang kayu sikit bab-bab nak pegang berus, eyeshadow, eyeliner dan banyak lagi laa..tapi sekarang Alhamdulillah da pandai da nk conteng-conteng at muka..tapi kat muka sendiri je laa sebab kalau buruk pun muka sendiri.. haha tapi aku akan terus belajar dan terus belajar untuk menghasilkan solekan yang lebih kemas dan menarik..orang kata kalau nak pandai kena banyak belajar.. so chaiyok ! chaiyok !

monolog !!

hari ni aku ade exam monolog.. so kalau nak markah tinggi kena laa kenakan solekan yang menarik.. baru laa dapat markah lebih..daripada beberapa teknik solekan yang aku dah pelajari aku aplikasikan dalam exam aku.. and at bawah ni laa hasilnya.. 


ayu tak ?? haha ade macam penari tradisional tak? :P


Hang Tuah, Mahsuri , and lagi sorang tu Hang ap ea?


lukis melukis

sebelum memulakan solekan..adalah lebih baik kalau kita lukis dulu wajah kita pada tracing paper.. kaedah ini akan memudahkan kita untuk melakukan solekan pada wajah.. at bawah ni ade bebrapa contoh yang telah aku hasilkan..


    mula-mula tangkap gambar dulu..lepas tu print..pastikan gambar tu jelas nampak keseluruhan wajah.


lepas tu..lukis balik gambar tadi tu ke atas tracing paper.. 
lepas da lukis, warnakan gambar tu mengikut teknik solekan yang ingin dihasilkan



macam-macam ragam

Situasi di dalam kelas make up ! HAHA macam-macam ragam boleh jumpa taw. maklumlah kebanyakan dari kami ney semuanya tak pandai sangat nak bersolek, jadi semasa dalam kelas macam-macam hal laa yang berlaku..








malam gala dan karnival simply siti

Pada 9 julai 2011 yang lalu, aku telah berpeluang untuk menyertai Malam Gala dan Konsert SimplySiti di Dewan Agong Tuanku Canselor UiTM Shah Alam. Aku telah diberi tugasan untuk menyolek usher. Gambar-gambar di bawah ney adalah antara hasil kerja aku :))







teknik solekan orang tua

  1. sapukan bedak asas mengikut tona kulit pada wajah anda.
  2. lukiskan separuh bulatan pada dahi anda. untuk menyerlahkan lagi lukisan tersebut, sapukan bedak asas sebagai highlight pada anak rambut anda. bentuk ini akan menampakkan perbezaan wajah asal anda.
  3. bentukkan separuh bulatan pada atas kening anda. untuk menampakkan bentuk garisan kedut pada dahi tersebut, kerutkan dahi anda ketika meyapu bedak asas dan kemudia relax. 
  4. gunakan span untuk meratakan sapuan bedak asas di dahi dan di kening.
  5. kerutkan kening anda, dan sapukan bedak asas dengan menggunakan span atau berus. 
  6. untuk melakukan highlight pada hidung, lukiskan garisan ke bawah di atas hidung.
  7. setelah itu, lukiskan lekuk pada bawah mata untuk menghasilkan mata yang cengkung.
  8. sambungkan lukisan bawah mata tersebut sehingga ke rahang pipi.
  9. dengan menggunakan span, sebatikan kesemua lukisan yang telah dihasilkan pada bawah mata.
  10. lukiskan garisan melengkuk ke bawah dari hidung ke tepi bibir untuk menghasilkan bentuk muka yang jatuh.
  11. lukiskan bentuk separuh bulatan di dagu anda. bermula dari bawah dagu sehingga ke bawah bibir.
  12. setelah siap melakukan highlight, gunakan berus yang kecil untuk melakukan garisan pada setiap highlight yang telah dilakukan dengan menggunakan bedak asas yang berwarna gelap.
  13. setelah itu, sebatikan kesemua lukisan dan garisan yang telah di hasilkan.
  14. untuk menyerlahkan lagi wajah tua anda, lukiskan garisan-garisan kedut pada sekitar mata, dahi, pipi dan mulut.

teknik solekan socket


  1. bentukkan kelopak mata dengan menggunakan penggaris mata jenis pensil.
  2. sapukan pembayang mata bertona gelap pada garisan kelopak mata yang dihasilkan. Ratakan sapuan pembayang mata tersebut supaya garisan kelopak mata tidak kelihatan ketara.
  3. sapukan pembayang mata bertona cerah pada pelupuk mata dan sebatikan dengan sapuan pembayang mata yang telah dihasilkan.
  4. kemaskan solekan mata dengan sapuan maskara dan celak.








teknik solekan smokey eye



  1. sapu asas pembayang mata pada kelopak mata supaya sapuan pembayang mata tahan lama.
  2. gariskan penggaris mata di atas alis mata dan buatkan garisan lebih tebal di lipatan pelipuk mata dengan menggunakan pensil penggaris mata.
  3. sapukan pembayang mata bertona cerah pada pelupuk mata.
  4. Ambil berus pembayang kemudian kaburkan garisan penggaris di bahagian atas alis sehingga ia kelihatan sekata dan tidak terlihat seperti garisan dan pastikan adunan warna gelap tidak melepasi lipatan kelopak mata.
  5. pastikan warna adunan kedua belah mata sama rata dan akhiri dengan sapuan maskara dan serbuk kilatan bagi menampakkan seri mata tersebut.


    perkara asas solekan


    1. berus solekan
    2. bedak asas
    3. bedak serbuk
    4. pembayang mata
    5. eyeliner
    3.